HURAIAN LOGO

HURAIAN MAKSUD LOGO
M3P NEGERI JOHOR
(MAJLIS PERMUAFAKATAN guru PEMULIHAN /P1NCH NEGERI JOHOR)
M3P NEGERI JOHOR
“Bulat air kerana pembentung,  Bulat manusia kerana bermuafakat,    Muafakat membawa berkat”. Menyedari hakikat dan kata sepakat maka M3P telah diwujudkan iaitu M=Majlis, 3P, P1= Permuafakatan,
 P2= guru Pemulihan  dan  P3= P1NCH .  Singkatannya “M3P” Negeri Johor.

Logo M3P
1)       Logo M3P telah diilhamkan dan dicipta oleh En. Redzuan Haron dari SK  Felda Ayer Hitam, Kluang. Kemudian logo ini telah didigitalkan dan dikemaskini oleh En. Anuar bin Ahmad dari SK(F)Tenggaroh 5, Mersing  iaitu Timbalan Pengerusi jawatankuasa penaja M3P dan En. Roslee bin Abdul @ Mohd  dari  SK. Nitar 1, Mersing
2)       Seterusnya maksud di sebalik logo tersebut telah dihuraikan sendiri oleh Pengerusi iaitu En Razali Ali  dan para   ahli jawatankuasa penaja M3P negeri Johor sesi 2011.
3)       Tema warna logo adalah bertemakan warna bendera Johor. Warna outline putih bermaksud kesucian hati. Warna latar biru logo melambangkan semangat perpaduan di antara 3 kaum utama di Malaysia iaitu Melayu,Cina dan India berkonsepkan “ 1Malaysia” yang bermuafakat yang wujud sekian lama di Negara ini.
4)       Tiga buah buku yang terangkum dalam satu adalah bermaksud kandungan perundangan perlembagaan M3P iaitu di sebelah kanan Majlis Permuafakatan guru Pemulihan P1NCH (M3P) dan di sebelah kiri adalah bendera negeri Johor bermaksud M3P ini diwujudkan di negeri Johor.
5)       Warna kuning yang meliputi perkataan M3P menggambarkan betapa kesatuan ini memartabatkan pendidikan sebagai cahaya ilmu yang terpenting dalam kehidupan manusia. “Keutuhan Persada Ilmu, Ilmu di jana ummah gemilang” usah dipertikaikan.
6)       Gambar tangan  yang menadah menjadi lambang kesyukuran M3P mendokong cita-cita murni guru pemulihan dan guru intervensi yang hanya ada di negeri Johor di bawah Program P1NCH iaitu Program 100% Celik huruf Negeri Johor.
7)       Warna merah jambu menjadi lambang kelembutan kasih sayang para ahli M3P khususnya  guru pemulihan dan guru intervensi dalam mendidik murid/pelajar pemulihan yang tidak sekali-kali dipinggirkan.
8)       Warna hijau pula adalah bermaksud kedamaian dan penawar bagi merawat insan yang didik dari aspek JERIS iaitu selaras dengan konsep FPN melahirkan insan yang kamil berpotensi untuk cemerlang, gemilang dan terbilang….




No comments:

Post a Comment